Waktu Solat Hari Ini

Popular Posts

Tuesday, October 26, 2010

Lagi tentang sungai dan lautan....

          Sains moden telah menemui bahawa di tempat di mana dua laut berbeza bertemu, wujudnya dinding penghalang di antara mereka. Dinding penghalang ini membahagi dua lautan sehingga setiap laut mempunyai kehangatan , kemasinan, dan ketumpatannya sendiri. 


           Sebagai contoh, air laut Mediterranean yang hangat, kurang kemasinan, dan kurang tumpat, dibandingkan dengan air lautan Atlantik. Apabila  air laut Mediterranean memasuki Lautan Atlantik di atas ambang Gibraltar, ianya bergerak sejauh beberapa ratus kilometer ke Lautan Atlantik pada kedalaman sekitar 1000 meter dengan kadar kehangatan,  kemasinan dan ketumpatannya sendiri. Air Laut Mediterranean  ini kekal  stabil di kedalaman tersebut (lihat Gambar 13).


Gambar 13: Air Laut Mediterranean memasuki Atlantik di atas ambang Gibraltar dengan kehangatan , kemasinan sendiri , dan kadar ketumpatannya yang  kurang , kerana adanya dinding penghalang yang membezakan antara mereka. Suhu dalam darjah Celsius (° C). (Marine Geology, Kuenen, hal 43, dengan sedikit tambahan.) 


        Walaupun ada ombak besar, arus kuat, dan pasang surut dalam laut, mereka tidak bercampur atau melewati dinding penghalang ini.

        Al-Quran disebutkan bahawa ada penghalang antara dua laut yang bertemu dan bahawa mereka tidak melampaui batas. Allah telah berfirman:



            " Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu, antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui masing-masing" 
                                                                                  (Surah al Rahman ayat 19-20, Surah 55:19-20)


        Apabila Al-Quran menyatakan penyekat antara air tawar dan garam, itu menyebutkan adanya "sebuah batas yang menghalangi" dengan dinding (barrier). Allah telah mengatakan dalam Quran:


             "Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan), yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia menjadikan antara kedua-duanya dinding dan batas yang menghalangi." 
                                                                                           (Surah al Furqaan ayat 53, Surah 25: 53)




         Mungkin ada yang bertanya, mengapa Quran menyebutkan batas (partition) ketika membicarakan tentang sekatan antara air tawar dan garam, tetapi tidak menyebutkan hal itu ketika membicarakan tentang sekatan antara dua laut?
        
         Ilmu pengetahuan moden telah menemui bahawa di muara, di mana air tawar (manis) dan garam bertemu, situasinya agak berbeza dari apa yang ditemui di tempat di mana dua laut bertemu. Telah didapati bahawa apa yang membezakan air tawar dari air masin di muara adalah  batas (zon pemisahan) iaitu "zon pycnocline" dengan ketumpatan air yang tidak lagi berterusan untuk memisahkan dua lapisan." Zon Pemisahan ini memiliki kemasinan  yang berbeza dari air segar dan dari air garam (lihat gambar 14).




Gambar 14: Potongan secara longitudinal bahagian yang menunjukkan kadar kemasinan (bahagian / 1000 ‰) di muara. Kita boleh lihat di sini batas (zon pemisahan) antara air segar dan air garam. (Introductory Oceanography, Thurman, p. 301, dengan sedikit tambahan.)


        Maklumat ini telah dijumpai baru-baru ini, dengan menggunakan peralatan canggih untuk mengukur suhu, kemasinan, ketumpatan, kemampuan cair melarut, dan lain-lain. Mata manusia tidak boleh melihat perbezaan antara dua laut yang bertemu, bahkan dua laut tampak bagi kita sebagai satu laut yang sama. Demikian juga, mata manusia tidak dapat melihat pembahagian air di muara menjadi tiga jenis: air tawar, air garam, dan air payau (batas/ zon pemisahan).

Sumber: islam-guide.com

No comments:

Post a Comment